PERANAN RUKUN NEGARA DALAM MEMUPUK PERPADUAN
Monday, 21 September 2015
HUBUNGAN ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
Ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan prinsip Rukun Negara dan kepentingan lima prinsip tersebut bagi menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks perpaduan hubungan etnik di Malaysia.
“…Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan perpaduan nasional. Kita harus mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Kita harus terus istiqamah dalam membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran Negara Malaysia, berlandaskan segala keistimewaan yang terkandung dari pelbagai budaya. Kita hendaklah terus menghargai semangat toleransi dan saling menghormati yang menjadi penentu kepada kedamaian dan perdaduan yang kita capai…”.
Kata-kata ini diungkapkan adalah untuk merealisasikan sebuah ideologi yang bergelar Rukun Negara. Ideologi bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang boleh dijadikan pegangan hidup atau cita-cita yang hendak dicapai secara bersungguhsungguh dalam pemerintahan demokrasi yang diagung-agungkan oleh orang-orang yang bertamadun. Dalam konteks Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan, ia merujuk kepada lunas-lunas dalam dasar pemerintahan demokrasi untuk dijadikan panduan am tindakan rakyat di Malaysia.
Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Konsep Rukun Negara
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.
Prinsip Rukun Negara
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang-undang
• Kesopanan dan kesusilaan
Sejarah Pembentukan Rukun Negara
Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).
Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.
Faktor Penggubalan Prinsip Rukun Negara
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syaratsyarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.
Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang
dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama.
Objektif dan Matlamat Rukun Negara
Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif Rukun Negara adalah seperti berikut;
(a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
(b) Untuk memelihara cara hidup demokratik
Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatankegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.
Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
(c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing.
Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
(d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia.
(e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.
Penjelasan Prinsip Rukun Negara
(a) Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
(b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negerinegeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di- Pertuan Agong.
(c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
(d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Unang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
(e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan,pergaduhan kaun dan sebagainya.
Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah.
Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.
Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa.
Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan.
Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita.
Kesimpulan
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curigamencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.
Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara
yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar.
Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri
hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.
Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh.
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
PRINSIP
RUKUN NEGARA
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
RUKUN NEGARA
Parti Gerakan Rakyat ( GERAKAN )
Parti Tindakan Demokratik ( DAP )
Parti Progresif ( PPP )
= menang 25 kerusi
PAS = menang 12 kerusi Parlimen
menyebabkan Parti Gerakan mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil menghina dan mengutuk orang Melayu timbul ketegangan antara orang Melayu dan orang cina.
13 Mei
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
RUKUN NEGARA
- satu ideologi untuk menyeragamkan fahaman di kalangan pelbagai kelompok etnik
- hasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar- benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan.
- Bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerapkan nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia
- FAKTOR PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
Parti Gerakan Rakyat ( GERAKAN )
Parti Tindakan Demokratik ( DAP )
Parti Progresif ( PPP )
= menang 25 kerusi
PAS = menang 12 kerusi Parlimen
menyebabkan Parti Gerakan mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil menghina dan mengutuk orang Melayu timbul ketegangan antara orang Melayu dan orang cina.
13 Mei
UMNO membalas dengan
membuat perarakanmenyebabkan tercetusnya rusuhan kaum
antara kedua- dua pihak
AGAMA ISLAM
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat
kasih sayang
antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang berbunyi: Maksudnya:
“ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.”
AGAMA HINDU
Masyarakat India kebanyakannya
beragama Hindu.
Apa yang dititikberatkan oleh masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan
nilai kasih sayang
dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda.
AGAMA BUDDHA
Agama Buddha mementingkan pengajaran berkaitan nilai dengan menekankan pembangunan persekitaran dan pembentukan nilai yang mempengaruhi tindakan manusia itu.
Kasih sayang
tidak terbatas
kepada sesama manusia, tetapi berkaitan dengan seluruh hal kehidupan.
Nilai
kasih sayang
dalam Buddhisme menekankan hukum sejagat berlandaskan sebab akibat, iaitu perbuatan baik akan meninggalkan kesan baik, sebaliknya perbuatan jahat akan meninggalkan kesan buruk pada individu itu.
KESETIAAN SEPENUHNYA KEPADA NEGARA MALAYSIA DAN KESEDIAAN UNTUK BERBAKTI DAN BERKORBAN DEMI NEGARA YANG TERCINTA
MANUSIA TIDAK MENYEDARI WUJUDNYA PERASAAN KESETIAAN INI DALAM SANUBARI MEREKA
PERASAAN SETIA ATAU CINTA PADA NEGARA BOLEH LAHIR SECARA SPONTAN
HUBUNGAN DUA HALA
PERASAAN INI BOLEH DISEBUT SEBAGAI PERASAAN ASALIAH
Jurang antara golongan berada dengan tidak
1.JURANG ANTARA KAUM
AGAMA ISLAM
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat
kasih sayang
antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang berbunyi: Maksudnya:
“ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.”
AGAMA HINDU

Apa yang dititikberatkan oleh masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan
nilai kasih sayang
dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda.
AGAMA BUDDHA
Agama Buddha mementingkan pengajaran berkaitan nilai dengan menekankan pembangunan persekitaran dan pembentukan nilai yang mempengaruhi tindakan manusia itu.
Kasih sayang
tidak terbatas
kepada sesama manusia, tetapi berkaitan dengan seluruh hal kehidupan.
Nilai
kasih sayang
dalam Buddhisme menekankan hukum sejagat berlandaskan sebab akibat, iaitu perbuatan baik akan meninggalkan kesan baik, sebaliknya perbuatan jahat akan meninggalkan kesan buruk pada individu itu.
KESETIAAN SEPENUHNYA KEPADA NEGARA MALAYSIA DAN KESEDIAAN UNTUK BERBAKTI DAN BERKORBAN DEMI NEGARA YANG TERCINTA
MANUSIA TIDAK MENYEDARI WUJUDNYA PERASAAN KESETIAAN INI DALAM SANUBARI MEREKA
PERASAAN SETIA ATAU CINTA PADA NEGARA BOLEH LAHIR SECARA SPONTAN
HUBUNGAN DUA HALA
PERASAAN INI BOLEH DISEBUT SEBAGAI PERASAAN ASALIAH
Jurang antara golongan berada dengan tidak
- Jurang kemewahan antara kaum
- Menyebabkan orang Melayu yang tinggal di kampung mengalami kesempitan hidup manakala orang cina hidup mewah di bandar.
1.JURANG ANTARA KAUM
KESAN
YDPA mengisytiharkan
darurat pada 16 Mei 1969
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 berikutan peristiwa Rusuhan Kaum pada 16 Mei 1969.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepelbagaian Kepercayaan dan Amalan
Sebagai contoh, nilai kasih sayang yang diterapkan dalam setiap agama .
AGAMA KRISTIAN
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
RUKUN NEGARA
KEPENTINGAN KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA DALAM MEMUPUK PERPADUA
Masyarakat dibiarkan tanpa pemimpin nescaya keadaan akan menjadi hura-hara.
Tanpa pemimpin, kepentingan rakyat tidak akan mampu diurus dengan baik.
Dengan memahami prinsip ini rakyat akan menjadi insan yang bertanggungjawab, patriotik dan sanggup berkorban untuk Negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan Negara.
Pengamalan rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersikap saling menghormati, bersatu padu dan muhibah tanpa mengira kaun atau pun agama.
Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu Negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan Negara yang demokratik.
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan Negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara- sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya- beri perlindungan kepada setiap rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
Setiap warganegara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Tanah Melayu 1948
Gabungan negeri- negeri di Tanah Melayu
Contohnya, negeri- negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
Perlembagaan Malaysia 1963
Gabungan negeri- negeri di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
1965, Singapura keluar dari Malaysia membentuk negara sendiri.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
1. MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN
Menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip umum bagaimana kuasa dilaksanakan.
2. MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Menentukan hak asasi rakyat
Kebebasan bercakap, kebebasan beragama & pemilikan harta
Dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintah
3. MENENTUKAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT DAN BATASAN ATAU LARANGAN
Contoh : hak istimewa orang Melayu, dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Penting untuk mengelakkan persengketaan kaum
4. MEMUDAHKAN PERPADUAN NASIONAL DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Melindungi kepentingan semua kaum
Menjamin keadilan sosial antara kaum
Dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kedaulatan
keunggulan atau keagungan.
kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada padanya lantaran sifatnya yang mutlak
Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat mempunyai hak dan taraf yang sama di sisi undang-undang. Tiada istilah diskriminasi kaum dalam hidup bermasyarakat di Malaysia.
UNDANG-UNDANG
Undang-undang-peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan untuk memerintah masyarakat seperti Akta dan Parlimen. [Kamus Undang-undang Oxford (ms 312)]
undang-undang adalah sesuatu yang telus dan rasional untuk menyekat dan mengawal tindakan manusia.[Aristotle]
Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang. [Sulaiman & Rosnah,2010]
Untuk mengelakkan rusuhan kaum berlaku- pepecahan kaum berbilang bangsa-perselisihan faham.
Perlembagaan persekutuan
-Hak asasi rakyat terpelihara di bawah undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang adat
-Harus diketahui dan difahami.
-Harus diterima dan dipatuhi.
-Kerana fungsi undang-undang adalah untuk menyatupadukan rakyat majmuk di malaysia.
Apakah peranan undang-undang dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk?
MAKSUD KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PERANAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusilaan selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
Membentuk individu dan masyarakat yang berdisplin dan bermoral tinggi
Mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni
Menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
Memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku individu
Menggambarkan kebudayaan negara
PENERAPAN DALAM PENDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Sayangi keluarga
I. Membincangkan ciri-ciri keluarga harmoni.
II. Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmat mengikut perspektif pelbagai agama dan kepercayaan tentang keharmonian keluarga.
III. Menulis surat atau e-mail kepada keluarga untuk meluahkan perasaan kasih sayang dan mengucapkan terima kasih atas jasa mereka.
IV. Melakonkan cara menghormati anggota keluarga.
V. Menghasilkan lukisan bertemakan kehidupan keluarga yang harmoni mengikut perspektif pelbagai agama.
Hidup bersama di sekolah dan masyarakat
i. Mendemonstrasikan cara mengguna dan menjaga kemudahan awam di sekolah.
ii. Membuat kajian tentang keperluan kemudahan awam di kawasan setempat.
iii. Menjalankan projek kebersihan dan keceriaan persekitaran:
- sekolah.
- kawasan tempat tinggal murid.
iv. Mengumpul maklumat dan menghasilkan risalah tentang agensi yang boleh membantu komuniti setempat.
v. Menemu bual anggota Bomba dan Penyelamat atau Majlis Daerah atau Rukun Tetangga tentang peranan mereka dan menyediakan laporan
Kesusilaan
- Kebaikan yang dilakukan oleh individu seperti
jujur, ikhlas, dan merendah diri.
Kesopanan
-Mengamalkan cara bertutur yang sopan santun serta lemah lembut.
Kenali budaya Malaysia
i. Membincangkan kepentingan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.
ii. Membuat lawatan ke muzium atau tempat yang bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.
iii. Menganjur dan meraikan sambutan hari perayaan sesuatu kaum di kelas.
iv. Mengunjungi rumah guru, rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum dan
menghasilkan catatan ringkas tentang budaya yang diamalkan.
v. Membantu rakan atau jiran tetangga berlainan kaum dalam membuat persiapan menyambut perayaan.
KESIMPULAN
Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia. Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi, pastinya ia akan membentuk rakyat berkualiti. Rakyat yang berkualiti bersinonim dengan warganegara yang bermutu tinggi dan tinggi nilainya.
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 berikutan peristiwa Rusuhan Kaum pada 16 Mei 1969.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepelbagaian Kepercayaan dan Amalan
Sebagai contoh, nilai kasih sayang yang diterapkan dalam setiap agama .
AGAMA KRISTIAN
- Nilai kasih sayang amat penting dalam agama Kristian kerana ia menjadi panduan utama.
- Kasih sayang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk keadilan, pengampunan dan taat setia.
- Untuk membentuk nilai kasih sayang dalam diri individu juga perlu ada keperibadian seperti kecerdasan ,keberanian, disiplin diri & kerendahan hati.
- Umat Kristian diseru untuk mengamalkan perasaan kasih kepada semua dan tiada yang terkecuali. Kasih sayang kepada Tuhan, keluarga, rakan, saudara, jiran malah musuh.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
RUKUN NEGARA
- MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL SUPAYA KEMAKMURAN NEGARA DAPAT MENIKMATI BERSAMA SECARA ADIL DAN SAKSAMA
- MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK
- MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM KALANGAN SELURUH MASYARAKAT
- MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL TERHADAP TRADISI KEBUDAYAAN YANG KAYA DAN BERBAGAI-BAGAI CORAK
- MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF DENGAN MENGGUNAKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN
KEPENTINGAN KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA DALAM MEMUPUK PERPADUA
Masyarakat dibiarkan tanpa pemimpin nescaya keadaan akan menjadi hura-hara.
Tanpa pemimpin, kepentingan rakyat tidak akan mampu diurus dengan baik.
Dengan memahami prinsip ini rakyat akan menjadi insan yang bertanggungjawab, patriotik dan sanggup berkorban untuk Negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan Negara.
Pengamalan rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersikap saling menghormati, bersatu padu dan muhibah tanpa mengira kaun atau pun agama.
Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu Negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan Negara yang demokratik.
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan Negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara- sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya- beri perlindungan kepada setiap rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
Setiap warganegara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Tanah Melayu 1948
Gabungan negeri- negeri di Tanah Melayu
Contohnya, negeri- negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
Perlembagaan Malaysia 1963
Gabungan negeri- negeri di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
1965, Singapura keluar dari Malaysia membentuk negara sendiri.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
1. MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN
Menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip umum bagaimana kuasa dilaksanakan.
2. MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Menentukan hak asasi rakyat
Kebebasan bercakap, kebebasan beragama & pemilikan harta
Dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintah
3. MENENTUKAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT DAN BATASAN ATAU LARANGAN
Contoh : hak istimewa orang Melayu, dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Penting untuk mengelakkan persengketaan kaum
4. MEMUDAHKAN PERPADUAN NASIONAL DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Melindungi kepentingan semua kaum
Menjamin keadilan sosial antara kaum
Dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kedaulatan
keunggulan atau keagungan.
kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada padanya lantaran sifatnya yang mutlak
Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat mempunyai hak dan taraf yang sama di sisi undang-undang. Tiada istilah diskriminasi kaum dalam hidup bermasyarakat di Malaysia.
UNDANG-UNDANG
Undang-undang-peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan untuk memerintah masyarakat seperti Akta dan Parlimen. [Kamus Undang-undang Oxford (ms 312)]
undang-undang adalah sesuatu yang telus dan rasional untuk menyekat dan mengawal tindakan manusia.[Aristotle]
Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang. [Sulaiman & Rosnah,2010]
Untuk mengelakkan rusuhan kaum berlaku- pepecahan kaum berbilang bangsa-perselisihan faham.
Perlembagaan persekutuan
-Hak asasi rakyat terpelihara di bawah undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang adat
-Harus diketahui dan difahami.
-Harus diterima dan dipatuhi.
-Kerana fungsi undang-undang adalah untuk menyatupadukan rakyat majmuk di malaysia.
Apakah peranan undang-undang dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk?
MAKSUD KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PERANAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusilaan selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
Membentuk individu dan masyarakat yang berdisplin dan bermoral tinggi
Mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni
Menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
Memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku individu
Menggambarkan kebudayaan negara
PENERAPAN DALAM PENDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Sayangi keluarga
I. Membincangkan ciri-ciri keluarga harmoni.
II. Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmat mengikut perspektif pelbagai agama dan kepercayaan tentang keharmonian keluarga.
III. Menulis surat atau e-mail kepada keluarga untuk meluahkan perasaan kasih sayang dan mengucapkan terima kasih atas jasa mereka.
IV. Melakonkan cara menghormati anggota keluarga.
V. Menghasilkan lukisan bertemakan kehidupan keluarga yang harmoni mengikut perspektif pelbagai agama.
Hidup bersama di sekolah dan masyarakat
i. Mendemonstrasikan cara mengguna dan menjaga kemudahan awam di sekolah.
ii. Membuat kajian tentang keperluan kemudahan awam di kawasan setempat.
iii. Menjalankan projek kebersihan dan keceriaan persekitaran:
- sekolah.
- kawasan tempat tinggal murid.
iv. Mengumpul maklumat dan menghasilkan risalah tentang agensi yang boleh membantu komuniti setempat.
v. Menemu bual anggota Bomba dan Penyelamat atau Majlis Daerah atau Rukun Tetangga tentang peranan mereka dan menyediakan laporan
Kesusilaan
- Kebaikan yang dilakukan oleh individu seperti
jujur, ikhlas, dan merendah diri.
Kesopanan
-Mengamalkan cara bertutur yang sopan santun serta lemah lembut.
Kenali budaya Malaysia
i. Membincangkan kepentingan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.
ii. Membuat lawatan ke muzium atau tempat yang bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.
iii. Menganjur dan meraikan sambutan hari perayaan sesuatu kaum di kelas.
iv. Mengunjungi rumah guru, rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum dan
menghasilkan catatan ringkas tentang budaya yang diamalkan.
v. Membantu rakan atau jiran tetangga berlainan kaum dalam membuat persiapan menyambut perayaan.
KESIMPULAN
Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia. Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi, pastinya ia akan membentuk rakyat berkualiti. Rakyat yang berkualiti bersinonim dengan warganegara yang bermutu tinggi dan tinggi nilainya.
Kepentingan Rukun Negara dan Wawasan 2020
Proses
pembangunan negara kita mengalami perubahan yang pesat sejak
kebelakangan ini. Pelbagai dasar dan program sudah dirangka bagi
memacu dan menjayakan pertumbuhan politik, ekonomi dan sosial negara
supaya selari dengan perkembangan dunia masa kini. Dalam usaha
menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan moden, sektor pendidikan
mempunyai kepentingannya yang amat luas kepada pembangunan negara.
Peranan pendidikan dapat mengubah gaya dan corak masyarakat serta
negara dalam konteks permodenan dan perkembangan dunia masa
kini. Tranformasi masyarakat berlaku daripada pertanian kepada
masyarakat industri, daripada masyarakat berpengetahuan kepada
masyarakat informasi maklumat sesuai dengan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dewasa kini.
Persaingan
di peringkat global telah menghasilkan satu gelombang baru dalam
perencanaan dasar dan program negara ke arah menjadikan Malaysia
sebagai negara maju dan moden. Bertepatan dengan pembangunan pesat
negara abad ini, aspek perpaduan kaum tidak wajar diketepikan.
Integrasi kaum perlu dipupuk melalui pendidikan dan persekolahan
(Abd. Rahim 2005). Pendidikan harus memainkan peranan penting untuk
mencapai Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju
berdasarkan acuan sendiri. Intipati kepada pertumbuhan pesat
bagi mencapai halatuju pembangunan negara kita, kandungan dan
kefahaman berhubung dengan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Wawasan
2020 perlu dihayati setiap lapisan masyarakat di negara ini. Dengan
demikian, kemajuan negara dapat dicapai dan dikecapi dengan
pantas oleh masyarakat kita. Pembangunan mapan yang berasaskan
pengetahuan (knowledge),
teknologi dan pengurusan perlu digandingkan dengan perpaduan
seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan keturunan supaya
Malaysia terus maju dan berdaya saing di peringkat global.
Kepentingan
Rukun Negara
Penggubalan
Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan
menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat
Malaysia. Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi kebangsaan
difikirkan boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat
akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Di antara
prinsip-prinsip Rukun Negara ialah;
(i) Kepercayaan
kepada Tuhan;
(ii) Kesetiaan
kepada Raja dan Negara;
(iii) Keluhuran
Perlembagaan;
(iv) Kedaulatan
Undang-undang; dan
(v) Ksopanan
dan kesusilaan.
Sumber :
Ranjit Singh Malhi, (1996)
Secara
umumnya, kelima-lima prinsip ini bertujuan mewujudkan sebuah negara
Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang
adil, demokratik, liberal dan progresif, Berdasarkan
prinsip yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan di mana semua
rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa
lain. Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia. Walau
bagaimana pun, agama-agama lain boleh dianuti oleh rakyat. Secara
umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran agamanya
mempunyai budi perkerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji.
Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang
susah tanpa mengira kaum. Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang
Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai sikap rendah diri dan
sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
Prinsip
kedua yang menekankan aspek Kesetiaan kepada Raja dan Negara
meletakkan Yang diPertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita.
Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja; rakyat harus mencurahkan
taat setianya kepada Raja manakala Raja atau pemerintah harus
menyediakan perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat jelata.
Hubungan timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah
bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan
yang boleh menyatupadukan rakyat semua. Sebagai contoh, jika
seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara menghadapi
kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang diPertuan
Agong bertanggungjawab untuk membantunya (Siti Zuraina et.al., 1992).
Peribahasa Melayu berbunyi, “di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung” seharusnya menjadi amalan rakyat Malaysia. Justeru,
setiap rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui asal-usul masing-masing
supaya tidak lupa aan kedudukannya di mata pihak lain. Sikap rendah
diri dan memahami akan kepentingan orang lain dapat membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.
Keluhuran
Perlembagaan mengkehendaki setiap rakyat menghormati dan mematuhi
Perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.
Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan
Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini,
tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan.
Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin
kemakmuran dan perpaduan negara. Sebagai contoh, seseorang tidak
boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan
keturunan atau kaum. Pada hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk
pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia secara keseluruhannya.
Prinsip
Kedaulatan Undang-undang bertujuan menjamin keadilan dalam negara
Malaysia. Husin Mohd Tap et.al.,(2007) menegaskan undang-undang dapat
menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada
perlaksanaan undang-undang. Dengan kata lain, semua rakyat adalah
sama di sisi undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang
negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya. Di Malaysia,
undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam
membendung masalah seperti jenayah,penipuan, penindasan dan
sebagainya. Keadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes jenayah
berada pada indek rendah berbanding dengan negara-negara lain di
rantau ini. Keadaan masih terkawal kerana setiap rakyat Malaysia
memahami situasi ini, aspek keamanan dan keselamatan harus dipelihara
selamanya.
Prinsip
kelima bermakna bahawa rakyat Malaysia harus bertolak ansur,
bertimbang rasa dan berkelakuan baik. Pengamalan prinsp Kesopanan dan
kesusilaan ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam
masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat
membentuk masyarakat yang bersatu-padu. Prinsip ini sangat
penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai
kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan sling memahami adat
resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak menyinggung perasaan orang
lain.
Secara
kesimpulannya, prinsip-prinsip Rukun Negara sangat penting dan wajar
dipraktikkan agar pembentukan masyarakat ke arah perpaduan,
demokratik, adil, liberal dan progresif dapat dicapai dengan mudah.
Kepentingan
Wawasan 2020
Wawasan
2020 merupakan perancangan strategik jangka panjang yang berkaitan
dengan halatuju pembangunan negara Malaysia menjelang dekad akan
datang. Dalam tempoh masa ini kelak, Malaysia akan menjadi sebuah
negara maju berdasarkan “acuan sendiri” (Malaysia, 2001). Dasar
pembangunan mapan memerlukan negara merangka pelan tindakan bagi
mencapai matlamat menjadi negara maju. Pembangunan negara yang
bergantung kepada pengetahuan teknologi, pengurusan dan sebagainya
adalah kekunci kejayaan negara daam meningkatkan kemajuan, kemakmuran
dan pengagihan kekayaan dapat dilakukan dengan lebih adil dan
saksama.
Cetusan
Wawasan 2020 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun
Dr. Mahathir Mohamad dalam satu forum perniagaan pada 28 Februari,
1991 telah merencanakan sembilan cabaran yang bakal diharungi oleh
negara bagi menjadi sebuah negara maju pada masa itu. Di bawah ini
tersenarai sembilan cabaran Wawasan 2020, iaitu:
Cabaran1Membentuk sebuah negara bangsa yan bersatu padu;Cabaran2Melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri;Cabaran3Membangunkan masyarakat demokratis yang matang;Cabaran4Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya;Cabaran5Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran;Cabaran6Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif;Cabaran7Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang;Cabaran8Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya; danCabaran9Mewujudkan masyarakat yang makmur.Sumber : Ramlah Adam et.al., (2003) m.s.220
Perpaduan
merupakan asas kekuatan sesebuah negara yang sangat penting. Melalui
dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Pembanguanan Nasional, Dasar
Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada perpaduan
di negara ini. Pelbagai lapisan masyarakat telah melibatkan diri
dalam banyak dasar ini bagi mencorak dan membentuk indentiti negara
Malaysia yang bersatu padu.
Bagi
melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi sewajarnya rakyat Malaysia berbangga
dengan pencapaian serta tabah menghadapi cabaran. Bangsa yang gagah
dan tabah adalah bangsa yang ingin berjaya dan sanggup berjuang
mempertahankan maruah negara. Setiap warganegara harus menyedari
peranan masing-masing selari dengan usaha memajukan negara ke persada
dunia supaya Malaysia sentiasa dikenali di seluruh dunia.
Masyarakat
Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Menurut Ramlah
Adam (2003) masyarakat yang demokratik memiliki kebebasan untuk
memlih kerajaan. Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan
hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak puas
hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan
melalui saluran-saluran yang tertentu dalam keadaan yang mesra dan
bersifat membina.
Dalam
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya, dan utuh
nilai keagamaannya perlu diseimbangkan. Sejajar dengan menjadi
Malaysia negara maju, rakyat harus kita mempunyai budi pekerti yang
luhur, nilai-nilai moral, etika, keagamaan dan kerohanian yang utuh
sepanjang masa. Keadaan ini membolehkan rakyat Malaysia bersaing di
peringkat global sebagai bangsa yang bertamadun dan berdaulat. Setiap
warganegara tidak harus menafikan nilai-nilai moral dalam hidup bagi
bersaing secara kompetetif di peringkat global. Keteguhan nilai-nilai
yang positif wajar disemai di dalam jiwa masyarakat tanpa
mengira latar belakang, budaya dan agama supaya dapat kita memberi
komitmen sebagai bangsa Malaysia yang semerlang.
Dalam
konteks masyarakat majmuk, proses mewujudkan masyarakat yang matang
dan bersifat toleran adalah Cabaran kelima dalam Wawasan 2020 yang
memberi fokus aspek perpaduan wajar dipupuk dalam segenap lapisan
rakyat Malaysia. Perpaduan akan memberi banyak kebaikan dalam
perhubungan antara kaum di negara ini. Sikap tolak ansur yang ada
pada rakyat Malaysia dapat melahirkan dan mengekalkan perpaduan kaum
dalam jangka masa panjang dan menjadi landasn kepada kerjasama
seterusnya. Peristiwa sejarah hitam negara, yakni 13 Mei, 1969
menjadi tanda penting akan kerapuhan perpaduan rakyat sehingga
menyebabkan bencan. Keadaan sangat merugikan negara Malaysia dan
masyarakat secara keseluruhannya, terutama golongan yang tidak
berdosa.
Cabaran
keenam ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta
mempunyai wawasan hidup dapat menyerap segala perubahan
persekitarannya untuk membina bangsa Malaysia yang cemerlang.
Masyarakat yang moden dan peka dengan perkembangan teknologi dapat
menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun secara saintifik dan
berteknologi tinggi. Dalam era teknologi maklumat dan komuniasi (ICT)
masa kini, kemajuan dan kecemerlangan diikmati adalah hasil daripada
usaha dan kesungguhan setiap rakyat Malaysia yang tidak pernah putus
asa. Banyak kejayaan yang dikecapi selama ini dapat menjadi pemangkin
dan ikhtibar kepada kita untuk terus berjaya dan sentiasa berdaya
saing di peringkat global.
Proses
melahirkan masyarakat penyayang di Malaysia merupakan satu
tanggungjawab bagi memodenkan tanggapan dan pemikiran pelbagai
peringkat masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang mengamalkan budaya
penyayang tidak individualistik tetapi berusaha mengukuhkan
perhubungan sosial dalam kalangan mereka agar nilai-nilai kasih
sayang dapat dipupuk dan diamalkan dalam perhubungan. Kasih sayang
dalam kekeluargaan adalah bermula daripada kasih sayang dalam
keluarga itu sendiri. Hubungan yang mesra dan akrab dapat membentuk
jiwa anak-anak yang sayang akan ibu bapa mereka. Justeru, penekanan
kepada nilai-nilai berbudi dan penyayang ini wajar ditanam dalam
setiap benak generasi baru kini supaya sayang dan tidak memingirkan
akan orang tua mereka.
Dalam
konteks ekonomi, cabaran kelapan Wawasan 2020 memberi fokus terhadap
jaminan pembentukan sebauah masyarakat yang adil dari segi
ekonominya. Dasar-dasar yang berkaitan dengan ekonomi seperti
Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya
memberi nafas baru dalam pengagihan ekonomi secara adil dan saksama.
Kelompok rakyat yang miskin dan hidup melarat tidak wajar diketepikan
kewujudan mereka dalam sebuah negara maju seperti Malaysia.
Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat
perlu diteruskan dengan lebih berkesan agar setiap rakyat dapat
menikmati buah kemerdekaan tanpa perasaan pilih kasih.
Di
samping itu, masyarakat yang makmur dapat dicirikan dengan kemewahan
hidup yang baik dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang
sama tiada ahli masyarakat kita yang melarat dalam kehidupan mereka.
Masyarakat ini ialah masyarakat yang mempunyai daya ketahanan yang
tinggi serta mampu menghadapai segala masalah dan cabaran dengan
baik. Nur Munirah (2002) menyatakan masyarakat yang berdaya tahan dan
saing adalah bangsa Malaysia dapat menjamin keseinambungan tamadun
bangsa dan negara pada masa hadapan. Pendapatan isi rumah yang
meningkat dan berada pada tahap yang tinggi akan melahirkan
kemewahan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar mampu bedaya saing
dan tabah dengan segala cabaran.
Sesungguhnya,
Wawasan 2020 hanya akan menjadi kenyataan sekiranya setiap lapisan
masyarakat Malaysia sentiasa berganding bahu dan sanggup memikul
tanggungjawab yang berat ini bagi meneruskan kesinambungan bagi
menjadikan Malaysia sebagai negara moden dan maju pada masa akan
datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)