Monday, 21 September 2015

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA


PRINSIP RUKUN NEGARA
 


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
RUKUN NEGARA

  1. satu ideologi untuk menyeragamkan fahaman di kalangan pelbagai kelompok etnik
  2.  hasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar- benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan.
  3. Bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerapkan nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia
  4. FAKTOR PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
        2. PILIHAN RAYA KE-3
        Parti Gerakan Rakyat ( GERAKAN )
       Parti Tindakan Demokratik ( DAP )
        Parti Progresif ( PPP )
        = menang 25 kerusi
        PAS = menang 12 kerusi Parlimen
menyebabkan Parti Gerakan mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil menghina dan mengutuk orang Melayu timbul ketegangan antara orang Melayu dan orang cina.

13 Mei
UMNO membalas dengan membuat perarakanmenyebabkan tercetusnya rusuhan kaum antara kedua- dua pihak
AGAMA ISLAM
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat
kasih sayang
antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang berbunyi: Maksudnya:
“ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.”

AGAMA HINDU
 
Masyarakat India kebanyakannya beragama Hindu.
Apa yang dititikberatkan oleh masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan
nilai kasih sayang
dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda.

 

AGAMA BUDDHA
 

Agama Buddha mementingkan pengajaran berkaitan nilai dengan menekankan pembangunan persekitaran dan pembentukan nilai yang mempengaruhi tindakan manusia itu.
Kasih sayang
tidak terbatas
kepada sesama manusia, tetapi berkaitan dengan seluruh hal kehidupan.
Nilai
kasih sayang
dalam Buddhisme menekankan hukum sejagat berlandaskan sebab akibat, iaitu perbuatan baik akan meninggalkan kesan baik, sebaliknya perbuatan jahat akan meninggalkan kesan buruk pada individu itu. 


KESETIAAN SEPENUHNYA KEPADA NEGARA MALAYSIA DAN KESEDIAAN UNTUK BERBAKTI DAN BERKORBAN DEMI NEGARA YANG TERCINTA

MANUSIA TIDAK MENYEDARI WUJUDNYA PERASAAN KESETIAAN INI DALAM SANUBARI MEREKA

PERASAAN SETIA ATAU CINTA PADA NEGARA BOLEH LAHIR SECARA SPONTAN

HUBUNGAN DUA HALA

PERASAAN INI BOLEH DISEBUT SEBAGAI PERASAAN ASALIAH



Jurang antara golongan berada dengan tidak

  • Jurang kemewahan antara kaum
contohnya, orang Melayu tinggal di kampung dan orang cina tinggal di bandar.
  • Menyebabkan orang Melayu yang tinggal di kampung mengalami kesempitan hidup manakala orang cina hidup mewah di bandar.
= punca tercetus keresahan kaum dan peristiwa 13 Mei 1969.
 

1.JURANG ANTARA KAUM 
 KESAN
  YDPA mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 berikutan peristiwa Rusuhan Kaum pada 16 Mei 1969.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 

Kepelbagaian Kepercayaan dan Amalan
Sebagai contoh, nilai kasih sayang yang diterapkan dalam setiap agama .


AGAMA KRISTIAN


  • Nilai kasih sayang amat penting dalam agama Kristian kerana ia menjadi panduan utama.
  • Kasih sayang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk keadilan, pengampunan dan taat setia.
  • Untuk membentuk nilai kasih sayang dalam diri individu juga perlu ada keperibadian seperti kecerdasan ,keberanian, disiplin diri & kerendahan hati.
  • Umat Kristian diseru untuk mengamalkan perasaan kasih kepada semua dan tiada yang terkecuali. Kasih sayang kepada Tuhan, keluarga, rakan, saudara, jiran malah musuh.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT
RUKUN NEGARA

  • MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL SUPAYA KEMAKMURAN NEGARA DAPAT MENIKMATI BERSAMA SECARA ADIL DAN SAKSAMA
  • MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK 
  • MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM KALANGAN SELURUH MASYARAKAT 
  • MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL TERHADAP TRADISI KEBUDAYAAN YANG KAYA DAN BERBAGAI-BAGAI CORAK 
  • MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF DENGAN MENGGUNAKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN

KEPENTINGAN KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA DALAM MEMUPUK PERPADUA

 
Masyarakat dibiarkan tanpa pemimpin nescaya keadaan akan menjadi hura-hara.
Tanpa pemimpin, kepentingan rakyat tidak akan mampu diurus dengan baik.
Dengan memahami prinsip ini rakyat akan menjadi insan yang bertanggungjawab, patriotik dan sanggup berkorban untuk Negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan Negara.
Pengamalan rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersikap saling menghormati, bersatu padu dan muhibah tanpa mengira kaun atau pun agama.

Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu Negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan Negara yang demokratik.

Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan Negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara- sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya- beri perlindungan kepada setiap rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
Setiap warganegara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Tanah Melayu 1948

Gabungan negeri- negeri di Tanah Melayu
Contohnya, negeri- negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

Perlembagaan Malaysia 1963
Gabungan negeri- negeri di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
1965, Singapura keluar dari Malaysia membentuk negara sendiri.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

1. MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN
Menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip umum bagaimana kuasa dilaksanakan.

2. MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Menentukan hak asasi rakyat
Kebebasan bercakap, kebebasan beragama & pemilikan harta
Dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintah

3. MENENTUKAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT DAN BATASAN ATAU LARANGAN
Contoh : hak istimewa orang Melayu, dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Penting untuk mengelakkan persengketaan kaum

4. MEMUDAHKAN PERPADUAN NASIONAL DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Melindungi kepentingan semua kaum
Menjamin keadilan sosial antara kaum
Dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 
Kedaulatan
keunggulan atau keagungan.
kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada padanya lantaran sifatnya yang mutlak
Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat mempunyai hak dan taraf yang sama di sisi undang-undang. Tiada istilah diskriminasi kaum dalam hidup bermasyarakat di Malaysia.

UNDANG-UNDANG
Undang-undang-peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan untuk memerintah masyarakat seperti Akta dan Parlimen. [Kamus Undang-undang Oxford (ms 312)]
undang-undang adalah sesuatu yang telus dan rasional untuk menyekat dan mengawal tindakan manusia.[Aristotle]
Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang. [Sulaiman & Rosnah,2010]

Untuk mengelakkan rusuhan kaum berlaku- pepecahan kaum berbilang bangsa-perselisihan faham.

Perlembagaan persekutuan
-Hak asasi rakyat terpelihara di bawah undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang adat
-Harus diketahui dan difahami.
-Harus diterima dan dipatuhi.
-Kerana fungsi undang-undang adalah untuk menyatupadukan rakyat majmuk di malaysia.

Apakah peranan undang-undang dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk?
MAKSUD KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PERANAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusilaan selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
Membentuk individu dan masyarakat yang berdisplin dan bermoral tinggi
Mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni
Menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
Memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku individu
Menggambarkan kebudayaan negara

PENERAPAN DALAM PENDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Sayangi keluarga
I. Membincangkan ciri-ciri keluarga harmoni.
II. Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmat mengikut perspektif pelbagai agama dan kepercayaan tentang keharmonian keluarga.
III. Menulis surat atau e-mail kepada keluarga untuk meluahkan perasaan kasih sayang dan mengucapkan terima kasih atas jasa mereka.
IV. Melakonkan cara menghormati anggota keluarga.
V. Menghasilkan lukisan bertemakan kehidupan keluarga yang harmoni mengikut perspektif pelbagai agama.

Hidup bersama di sekolah dan masyarakat
i. Mendemonstrasikan cara mengguna dan menjaga kemudahan awam di sekolah.
ii. Membuat kajian tentang keperluan kemudahan awam di kawasan setempat.
iii. Menjalankan projek kebersihan dan keceriaan persekitaran:
- sekolah.
- kawasan tempat tinggal murid.
iv. Mengumpul maklumat dan menghasilkan risalah tentang agensi yang boleh membantu komuniti setempat.
v. Menemu bual anggota Bomba dan Penyelamat atau Majlis Daerah atau Rukun Tetangga tentang peranan mereka dan menyediakan laporan
 

Kesusilaan
- Kebaikan yang dilakukan oleh individu seperti
jujur, ikhlas, dan merendah diri.

Kesopanan
-Mengamalkan cara bertutur yang sopan santun serta lemah lembut.

Kenali budaya Malaysia
i. Membincangkan kepentingan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.
ii. Membuat lawatan ke muzium atau tempat yang bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.
iii. Menganjur dan meraikan sambutan hari perayaan sesuatu kaum di kelas.
iv. Mengunjungi rumah guru, rakan dan jiran tetangga pelbagai kaum dan
menghasilkan catatan ringkas tentang budaya yang diamalkan.
v. Membantu rakan atau jiran tetangga berlainan kaum dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

KESIMPULAN
Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia. Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi, pastinya ia akan membentuk rakyat berkualiti. Rakyat yang berkualiti bersinonim dengan warganegara yang bermutu tinggi dan tinggi nilainya.



1 comment:

  1. Casino Finder (Google Play) Reviews & Demos - Go
    Check Casino Finder (Google jancasino Play). A herzamanindir.com/ look at titanium ring some of the best gambling sites in gri-go.com the world. They offer a 바카라 사이트 full game library,

    ReplyDelete