Proses
pembangunan negara kita mengalami perubahan yang pesat sejak
kebelakangan ini. Pelbagai dasar dan program sudah dirangka bagi
memacu dan menjayakan pertumbuhan politik, ekonomi dan sosial negara
supaya selari dengan perkembangan dunia masa kini. Dalam usaha
menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan moden, sektor pendidikan
mempunyai kepentingannya yang amat luas kepada pembangunan negara.
Peranan pendidikan dapat mengubah gaya dan corak masyarakat serta
negara dalam konteks permodenan dan perkembangan dunia masa
kini. Tranformasi masyarakat berlaku daripada pertanian kepada
masyarakat industri, daripada masyarakat berpengetahuan kepada
masyarakat informasi maklumat sesuai dengan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dewasa kini.
Persaingan
di peringkat global telah menghasilkan satu gelombang baru dalam
perencanaan dasar dan program negara ke arah menjadikan Malaysia
sebagai negara maju dan moden. Bertepatan dengan pembangunan pesat
negara abad ini, aspek perpaduan kaum tidak wajar diketepikan.
Integrasi kaum perlu dipupuk melalui pendidikan dan persekolahan
(Abd. Rahim 2005). Pendidikan harus memainkan peranan penting untuk
mencapai Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju
berdasarkan acuan sendiri. Intipati kepada pertumbuhan pesat
bagi mencapai halatuju pembangunan negara kita, kandungan dan
kefahaman berhubung dengan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Wawasan
2020 perlu dihayati setiap lapisan masyarakat di negara ini. Dengan
demikian, kemajuan negara dapat dicapai dan dikecapi dengan
pantas oleh masyarakat kita. Pembangunan mapan yang berasaskan
pengetahuan (knowledge),
teknologi dan pengurusan perlu digandingkan dengan perpaduan
seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan keturunan supaya
Malaysia terus maju dan berdaya saing di peringkat global.
Kepentingan
Rukun Negara
Penggubalan
Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan
menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat
Malaysia. Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi kebangsaan
difikirkan boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat
akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Di antara
prinsip-prinsip Rukun Negara ialah;
(i) Kepercayaan
kepada Tuhan;
(ii) Kesetiaan
kepada Raja dan Negara;
(iii) Keluhuran
Perlembagaan;
(iv) Kedaulatan
Undang-undang; dan
(v) Ksopanan
dan kesusilaan.
Sumber :
Ranjit Singh Malhi, (1996)
Secara
umumnya, kelima-lima prinsip ini bertujuan mewujudkan sebuah negara
Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang
adil, demokratik, liberal dan progresif, Berdasarkan
prinsip yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan di mana semua
rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa
lain. Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia. Walau
bagaimana pun, agama-agama lain boleh dianuti oleh rakyat. Secara
umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran agamanya
mempunyai budi perkerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji.
Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang
susah tanpa mengira kaum. Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang
Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai sikap rendah diri dan
sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
Prinsip
kedua yang menekankan aspek Kesetiaan kepada Raja dan Negara
meletakkan Yang diPertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita.
Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja; rakyat harus mencurahkan
taat setianya kepada Raja manakala Raja atau pemerintah harus
menyediakan perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat jelata.
Hubungan timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah
bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan
yang boleh menyatupadukan rakyat semua. Sebagai contoh, jika
seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara menghadapi
kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang diPertuan
Agong bertanggungjawab untuk membantunya (Siti Zuraina et.al., 1992).
Peribahasa Melayu berbunyi, “di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung” seharusnya menjadi amalan rakyat Malaysia. Justeru,
setiap rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui asal-usul masing-masing
supaya tidak lupa aan kedudukannya di mata pihak lain. Sikap rendah
diri dan memahami akan kepentingan orang lain dapat membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.
Keluhuran
Perlembagaan mengkehendaki setiap rakyat menghormati dan mematuhi
Perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.
Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan
Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini,
tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan.
Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin
kemakmuran dan perpaduan negara. Sebagai contoh, seseorang tidak
boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan
keturunan atau kaum. Pada hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk
pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia secara keseluruhannya.
Prinsip
Kedaulatan Undang-undang bertujuan menjamin keadilan dalam negara
Malaysia. Husin Mohd Tap et.al.,(2007) menegaskan undang-undang dapat
menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada
perlaksanaan undang-undang. Dengan kata lain, semua rakyat adalah
sama di sisi undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang
negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya. Di Malaysia,
undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam
membendung masalah seperti jenayah,penipuan, penindasan dan
sebagainya. Keadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes jenayah
berada pada indek rendah berbanding dengan negara-negara lain di
rantau ini. Keadaan masih terkawal kerana setiap rakyat Malaysia
memahami situasi ini, aspek keamanan dan keselamatan harus dipelihara
selamanya.
Prinsip
kelima bermakna bahawa rakyat Malaysia harus bertolak ansur,
bertimbang rasa dan berkelakuan baik. Pengamalan prinsp Kesopanan dan
kesusilaan ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam
masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat
membentuk masyarakat yang bersatu-padu. Prinsip ini sangat
penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai
kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan sling memahami adat
resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak menyinggung perasaan orang
lain.
Secara
kesimpulannya, prinsip-prinsip Rukun Negara sangat penting dan wajar
dipraktikkan agar pembentukan masyarakat ke arah perpaduan,
demokratik, adil, liberal dan progresif dapat dicapai dengan mudah.
Kepentingan
Wawasan 2020
Wawasan
2020 merupakan perancangan strategik jangka panjang yang berkaitan
dengan halatuju pembangunan negara Malaysia menjelang dekad akan
datang. Dalam tempoh masa ini kelak, Malaysia akan menjadi sebuah
negara maju berdasarkan “acuan sendiri” (Malaysia, 2001). Dasar
pembangunan mapan memerlukan negara merangka pelan tindakan bagi
mencapai matlamat menjadi negara maju. Pembangunan negara yang
bergantung kepada pengetahuan teknologi, pengurusan dan sebagainya
adalah kekunci kejayaan negara daam meningkatkan kemajuan, kemakmuran
dan pengagihan kekayaan dapat dilakukan dengan lebih adil dan
saksama.
Cetusan
Wawasan 2020 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun
Dr. Mahathir Mohamad dalam satu forum perniagaan pada 28 Februari,
1991 telah merencanakan sembilan cabaran yang bakal diharungi oleh
negara bagi menjadi sebuah negara maju pada masa itu. Di bawah ini
tersenarai sembilan cabaran Wawasan 2020, iaitu:
Cabaran1Membentuk sebuah negara bangsa yan bersatu padu;Cabaran2Melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri;Cabaran3Membangunkan masyarakat demokratis yang matang;Cabaran4Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya;Cabaran5Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran;Cabaran6Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif;Cabaran7Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang;Cabaran8Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya; danCabaran9Mewujudkan masyarakat yang makmur.Sumber : Ramlah Adam et.al., (2003) m.s.220
Perpaduan
merupakan asas kekuatan sesebuah negara yang sangat penting. Melalui
dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Pembanguanan Nasional, Dasar
Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada perpaduan
di negara ini. Pelbagai lapisan masyarakat telah melibatkan diri
dalam banyak dasar ini bagi mencorak dan membentuk indentiti negara
Malaysia yang bersatu padu.
Bagi
melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi sewajarnya rakyat Malaysia berbangga
dengan pencapaian serta tabah menghadapi cabaran. Bangsa yang gagah
dan tabah adalah bangsa yang ingin berjaya dan sanggup berjuang
mempertahankan maruah negara. Setiap warganegara harus menyedari
peranan masing-masing selari dengan usaha memajukan negara ke persada
dunia supaya Malaysia sentiasa dikenali di seluruh dunia.
Masyarakat
Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Menurut Ramlah
Adam (2003) masyarakat yang demokratik memiliki kebebasan untuk
memlih kerajaan. Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan
hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak puas
hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan
melalui saluran-saluran yang tertentu dalam keadaan yang mesra dan
bersifat membina.
Dalam
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya, dan utuh
nilai keagamaannya perlu diseimbangkan. Sejajar dengan menjadi
Malaysia negara maju, rakyat harus kita mempunyai budi pekerti yang
luhur, nilai-nilai moral, etika, keagamaan dan kerohanian yang utuh
sepanjang masa. Keadaan ini membolehkan rakyat Malaysia bersaing di
peringkat global sebagai bangsa yang bertamadun dan berdaulat. Setiap
warganegara tidak harus menafikan nilai-nilai moral dalam hidup bagi
bersaing secara kompetetif di peringkat global. Keteguhan nilai-nilai
yang positif wajar disemai di dalam jiwa masyarakat tanpa
mengira latar belakang, budaya dan agama supaya dapat kita memberi
komitmen sebagai bangsa Malaysia yang semerlang.
Dalam
konteks masyarakat majmuk, proses mewujudkan masyarakat yang matang
dan bersifat toleran adalah Cabaran kelima dalam Wawasan 2020 yang
memberi fokus aspek perpaduan wajar dipupuk dalam segenap lapisan
rakyat Malaysia. Perpaduan akan memberi banyak kebaikan dalam
perhubungan antara kaum di negara ini. Sikap tolak ansur yang ada
pada rakyat Malaysia dapat melahirkan dan mengekalkan perpaduan kaum
dalam jangka masa panjang dan menjadi landasn kepada kerjasama
seterusnya. Peristiwa sejarah hitam negara, yakni 13 Mei, 1969
menjadi tanda penting akan kerapuhan perpaduan rakyat sehingga
menyebabkan bencan. Keadaan sangat merugikan negara Malaysia dan
masyarakat secara keseluruhannya, terutama golongan yang tidak
berdosa.
Cabaran
keenam ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta
mempunyai wawasan hidup dapat menyerap segala perubahan
persekitarannya untuk membina bangsa Malaysia yang cemerlang.
Masyarakat yang moden dan peka dengan perkembangan teknologi dapat
menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun secara saintifik dan
berteknologi tinggi. Dalam era teknologi maklumat dan komuniasi (ICT)
masa kini, kemajuan dan kecemerlangan diikmati adalah hasil daripada
usaha dan kesungguhan setiap rakyat Malaysia yang tidak pernah putus
asa. Banyak kejayaan yang dikecapi selama ini dapat menjadi pemangkin
dan ikhtibar kepada kita untuk terus berjaya dan sentiasa berdaya
saing di peringkat global.
Proses
melahirkan masyarakat penyayang di Malaysia merupakan satu
tanggungjawab bagi memodenkan tanggapan dan pemikiran pelbagai
peringkat masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang mengamalkan budaya
penyayang tidak individualistik tetapi berusaha mengukuhkan
perhubungan sosial dalam kalangan mereka agar nilai-nilai kasih
sayang dapat dipupuk dan diamalkan dalam perhubungan. Kasih sayang
dalam kekeluargaan adalah bermula daripada kasih sayang dalam
keluarga itu sendiri. Hubungan yang mesra dan akrab dapat membentuk
jiwa anak-anak yang sayang akan ibu bapa mereka. Justeru, penekanan
kepada nilai-nilai berbudi dan penyayang ini wajar ditanam dalam
setiap benak generasi baru kini supaya sayang dan tidak memingirkan
akan orang tua mereka.
Dalam
konteks ekonomi, cabaran kelapan Wawasan 2020 memberi fokus terhadap
jaminan pembentukan sebauah masyarakat yang adil dari segi
ekonominya. Dasar-dasar yang berkaitan dengan ekonomi seperti
Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya
memberi nafas baru dalam pengagihan ekonomi secara adil dan saksama.
Kelompok rakyat yang miskin dan hidup melarat tidak wajar diketepikan
kewujudan mereka dalam sebuah negara maju seperti Malaysia.
Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat
perlu diteruskan dengan lebih berkesan agar setiap rakyat dapat
menikmati buah kemerdekaan tanpa perasaan pilih kasih.
Di
samping itu, masyarakat yang makmur dapat dicirikan dengan kemewahan
hidup yang baik dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang
sama tiada ahli masyarakat kita yang melarat dalam kehidupan mereka.
Masyarakat ini ialah masyarakat yang mempunyai daya ketahanan yang
tinggi serta mampu menghadapai segala masalah dan cabaran dengan
baik. Nur Munirah (2002) menyatakan masyarakat yang berdaya tahan dan
saing adalah bangsa Malaysia dapat menjamin keseinambungan tamadun
bangsa dan negara pada masa hadapan. Pendapatan isi rumah yang
meningkat dan berada pada tahap yang tinggi akan melahirkan
kemewahan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar mampu bedaya saing
dan tabah dengan segala cabaran.
Sesungguhnya,
Wawasan 2020 hanya akan menjadi kenyataan sekiranya setiap lapisan
masyarakat Malaysia sentiasa berganding bahu dan sanggup memikul
tanggungjawab yang berat ini bagi meneruskan kesinambungan bagi
menjadikan Malaysia sebagai negara moden dan maju pada masa akan
datang.
nak tanya ada reference links? boleh share sikit x?
ReplyDeletetq
ReplyDeleteBlh tanya sama ada link untuk reference tak?
ReplyDeleteBoleh tanya ada link rujukan tak?
ReplyDelete